« Home | Happy Mother's Day (2nd Sunday of May) » | I Am Brooding (Dark, Dark Life) » | I am Busy , Busy, Busy » | It's A Girl !! » | I was Ranked At No. 12 Today » | Ello..Ello... Is Anyone There? » | Help Me, Anyone? » | My Friend? Ha Ha What A Liar » | Patience Is The Heart Of Virtue » | Happy 28th Birthday, Caza!! (16 April) » 

Friday, May 06, 2005 

A Letter For My Ma On Mother's Day

Ma,

Merenungi wajah tuamu yang semakin hari semakin uzur meniti usia, wajah yang penuh kasih sayang membesarkan kami 3 beradik tanpa rasa jemu dan marah walaupun tugas sebagai ibu dan ayah diletakkan di bahumu seorang. Dalam kudrat yang tidak seberapa dan kelembutan seorang wanita yang bernama ibu, dikau sebenarnya yang menjadi tunggak keluarga, tiang seri yang teguh berdiri menaungi kami yang pastinya akan rebah dan bercempera jika tiada kekuatan kasih sayangmu.
Terima kasih di atas pengorbananmu selama ini, dari saat lahirku hingga kini, tidak pernah kurasai kasih sayangmu berkurangan walau sekecil zarah sekalipun. Diri ini mampu berdikari dan bernafas dengan lega di dunia yang fana ini semuanya kerana
mu. Juga abang dan adik yang kini sudah mempunya karier masing-masing. Tidak mungkin kejayaan ini hadir tanpa kecekalan hatimu memberikan pendidikan dalam jerih payah.

Ma,

Tidak mungkin ku lupa tangisan di malam hariku di sekolah berasrama menangisi nasib keluarga kita, cuba untuk memahami mengapa kasih saying dan perhatian seorang ayah begitu tandus dalam hidupku dan betapaku merindui mu dalam kejauhan, tapi aku kuatkan semangat demi untuk berjaya dan untuk berbakti padamu.
Dan tidak juga akan ku lupa, bagaimana dirimu menangis setelah aku mendirikan rumah tangga kerana ma merasakan keadaan akan berubah dan aku tidak lagi tinggal bersamamu, tapi percayalah tiada apa yang akan berubah malah kasih sayangku terhadap ma bertambah mekar setiap hari.
Walau segunung emas dan selautan permata, pastinya tidak akan dapat membalas segala jasa dan kasih-sayang ma pada kami. Aku cuma berharap untuk menjadi seorang ibu persis sepertimu kepada anak-anakku nanti. Harum sungguh kasih ma pada kami dan walaupun jarang diungkapkan dalam kata-kata, ketahuila ma betapa kasihnya kami padamu.


Ma,
Entah mengapa setiap kali menyebut namamu dan mengingati dirimu, kolam air mata ini pasti bergenang dan air mata ini terlalu mudah untuk mengalir. Cuma satu harapanku untuk mu ma, untuk melihat ma bahagia meniti hari tuamu bersama kami dan sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki. Ku doakan dikau sentiasa berada dalam keadaan gembira sentiasa dalam lindungan Tuhan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Selamat Hari Ibu Ma dan Terima Kasih di Atas Segala-galanya.


Sentiasa Mengasihimu,
Azalea

Yours Truly

  • I'm AzaLea
  • From Cyberjaya, Malaysia
  • Easy Going. Rebel In Silence. Observant. Overcritize. High Aspirations & Dreams. Love Children. Have Just Given Birth To A Beautiful Baby Boy.Love To Have Everyone Around.Love To Be Around Everybody Else.Outgoing. Talkative.
Click To My Profile
Powered by Blogger
and Blogger Templates

Track referers to your site with referer.org free referrer feed.